it`s me

it`s me

Wednesday, February 2, 2011

`BENCI` dapat membuang/menghilangkan tabiat

BENCI  sesuatu yang tak disukai atau tak disenangi dalam hati.Perasaan benci biasanya hadir ketika kita terasa sesuatu yang menyakitkan atau di sakiti.Perasaan benci ini taklah semuanya membawa erti yang tak baik.Ada juga kebaikannya.Jika kita sedang membenci sesuatu,biasanya kita tak ingin melihat atau mengalami lagi perkara yang menyebabkan kita merasa benci.Contohnya jika kita pernah disakiti oleh seseorang,terutamanya seseorang yang pernah kita sukai atau sayangi,maka perasaan benci akan hadir dalam hati.Hati seakan tak ingin lagi bersua atau berjumpa dengannya.Pendek kata segala sesuatu yang berkaitan dengannya kita tak ingin ada hubungan atau kaitan lagi.Itu dari satu segi yang lazim berlaku.Dari segi lain pula,perasaan benci dapat membantu membuang satu tabiat buruk dengan cepat dan berkesan.Contohnya tabiat merokok..satu tabiat yang sukar di buang bagi sesetengah orang yang mengamalkan.Selagi amalan tersebut belum membawa keburukan bagi seseorang itu,selagi itulah dia akan terus merokok.Tapi jika sekiranya dia telah mengalami batuk atau sakit yang membuatnya menderita,dia akan merasa sakit,dan selanjutnya akan timbul perasaan benci terhadap amalan merokok itu.Jika perasaan benci itu terus berlarutan,bnerkemungkinan dia tak akan menyentuh lagi rokok bahkan akan terus meninggalkan tabiat tersebut.
Dengan membenci dalam hati tabiat buruk akan membantu kita meningggalkan tabiat buruk tersebut,dan apa yang paling penting ialah ketajaman hati untuk meninggalkan tabiat tersebut.Jadi perasaan benci ini tak lah semuanya membawa makna yang tak bagus,kita pandang dari segi positifnya,tapi janganlah diamalkan sikap membenci sesama makhluk Tuhan,kerana sikap tersebut akan membawa kepada dendam dan akan berakibat yang tak baik.

No comments:

Post a Comment